BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
Sejak akhir-akhir ini, isu sensitiviti perkauman, politik, mazhab dan agama semakin meruncing dan sering dimainkan dan dipanaskan terutamanya oleh media-media massa seperti berita Malaysia Kini dan Free Malaysia Today terutamanya. Perdebatan, pertelingkahan, penyebaran penipuan dan fitnah, politik saling menjatuhkan pihak, pecah amanah, korupsi dan sebagainya semakin membarah dari peringkat atasan hingga akar umbi dan tiada penyelesaian ditemukan. Masing-masing golongan berbangga dengan pendapat EGO masing-masing dengan menjadi keyboard warrior tidak bergaji di facebook. Menikam, memfitnah, menipu seolah-olah menjadi tabiat dan mendarah daging sehingga akhirnya tidak lagi menghiraukan adab dan etika masyarakat majmuk Malaysia.
Perang Dingin yang berlaku di Malaysia hari ini semakin menambahkan lagi perpecahan yang sedia ada. Pada masa yang sama, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengobarkan dan mengadu domba api permusuhan antara kedua-dua pihak. Perpecahan bangsa Melayu Islam semakin kritikal ICU, dengan keyboard warriors mempertahankan parti-parti politik pujaan masing-masing seolah-olah pemimpin parti mereka maksum, tiada dosa, tidak akan terlibat dalam skandal murahan, menuduh kafir, pecah amanah, syiah, liberal, kerajaan zalim dan sebagainya. Mempertuhankan Idola-idola mereka sebagai pemimpin agung, lebih suka dibiarkan pergaduhan maki hamun sebagai satu jihad kontemporari, melawan kezaliman, menegakkan keadilan; itu kata mereka yang menjelmakan retorik sebagai realiti untuk menjaga 'periuk nasi' masing-masing. Apa sahaja yang lain dari kumpulan yang disokong semuanya dituduh zalim, hanya parti kami yang memperjuangkan KEADILAN.
Agamawan pula dengan cara mereka. Harini, banyaknya ustaz-ustaz yang dilahirkan institusi pengajian tinggi, maka banyaknya usaha islamisasi zahiriah di bumi Malaysia ini berbanding 50 tahun yang lalu. Namun begitu, kuantiti yang banyak tidak memberi implikasi yang baik terhadap ummat. Banyak dari mereka ini menjadi punca utama perbalahan ummat, meskipun dalam menegakkan perkara-perkara khilafiyah. Dibawanya mereka dari Tanah Arab sana budaya Arab diserapkan dengan kekerasan tanpa memahami aspek kesusasteraan bahasa klasik Melayu, adat dan tradisi Melayu....terus dihukum fatwa kononnya wahyu dari Tuhan, maka cepat dihukum kafir, bidaah, syirik, unislamic, pandang rendah pada orang yang kurang pandai ilmu agama. Banyak adat tradisi Melayu yang tidak bercanggah dengan syariat dihukum sebagai syirik atas dasar sama praktik dengan budaya Kafir. Punca Utama lahirnya agamawan-agamawan yang Jumud dan jahil ini adalah sistem pendidikan Islam hari ini yang outdated dan tidak melalui tradisi yang disekalikan dengan pengetahuan hal ehwal duniawi misalnya ilmu politik, ekonomi, sains, sastera, budaya dan sebagainya. Sistem pendidikan Islam hari ini dimasukkan dalam skop pengajian Sekular, begitu tarafnya bahkan lebih teruk lagi pengajian Islam hari ini tidak mampu memberikan tindak balas dalam setiap isu yang berlaku pada hari ini. Bermacam-macam fahman luar yang dimasukkkan tidak sesuai dengan budaya masyarakat ini beribu tahun dulu.
Politicians pula hari ini mengambil kesempatan atas apa yang berlaku, selagi mana mendatangkan untung selagi itu mereka sanggup lakukan apa sahaja hatta menjadi pelacur agama untuk mencapai objektif politik seperti yang diajar Michiavelli Nicholas; "Matlamat menghalalkan cara"
No comments:
Post a Comment