Hari : Rabu
Tarikh : 13/4/2016
Masa : 10 pg-8 mlm
Assalamualaikum pembaca blog saya yang dirahmati Allah.
Hari ini saya ingin mencoretkan sedikit kisah, pengajaran dan ibrah yang saya dapat berlaku pada hari ini. Semoga pengalaman yang aku lalui pada hari ini mematangkan aku sebagai seorang mahasiswa institut pengajian tinggi.
Aku pelajar kolej Islam yang sedang berada di Semester 6 tahun Akhir dan semester yang terakhir perlu memenuhi pemarkahan subjek Program Dakwah Islamiyyah. Aku diberi tanggungjawab membantu Pengarah program dakwah kali ini. Bukanlah aku minat atas nama sebuah jawatan tetapi setiap apa yang aku lakukan bukan sekadar memenuhi tanggungjawab semata-mata. Lebih dari itu, aku seorang yang menyukai sesuatu aktiviti yang mencabar dan penuh dengan dugaan dan cabaran. Bagi aku, pengalaman ialah pelajaran yang berharga dieroleh luar daripada pembelajaran kelas dan bagiku ia lebih bermakna kerana mampu memberikan manis pahit pengalaman .
Straight to the point, hari ini aku bersama Aiman, selaku Pengarah program dan Hanif, AJK Unit Penempatan dipertanggungjawabkan untuk mencari lokasi dan penempatan yang sesuai untuk melakukan program. Awalnya, kitorang hendak mencari sekolah orang asli untuk membenarkan pelepasan beberapa orang pelajar orang asli sekitar Hulu Langat untuk terlibat bersama kami. Untuk memohon kebenaran. Namun, pagi ini setelah masing-masing hendak berangkat, buntu seketika memikirkan mana patut didahulukan terlebih dahulu. Ditambah lagi, kitorang semua tak tahu sangat jalan ke lokasi. Berpandukan goggle Maps (Waze tak sempat didownload pon), kitorang memulakan perjalanan. Sebelum itu, menelefon Pegawai JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) untuk meminta pandangan tentang aktiviti seolah, tapi katanya perlu merujuk PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) terlebih dahulu.
Buntu sekali lagi. Makan dulu makanan ringan apa yang ada dibeli Aiman sewaktu mengisi minyak di Petronas Bukit Indah, Ampang. Tanpa berlengah masa, kitorang terus menuju ke Hulu Langat menghala ke Pongsun. Sepanjang perjalanan kitorang melalui beberapa buah sekolah yang pada pendapat kami mungkin sekolah orang asli seperti SMK Abdul Jalil. Meneruskan perjalanan hingga mencuba masuk beberapa buah lorong yang mungkin petanda ke perkampungan orang asli hingga sampai ke arah jalan macam menuju ke bukit. Sampai di jalan yang agak sunyi, takut sesat pulak jalan, Tapi, darah muda anak muda memang sangat ingin tahu sesuatu benda baru hingga pada akhirnya tembus ke jalan menuju Gunung Nuang. Alhamdulillah, tak sesat jalan sebab itu dah sampai jalan mati.
Di pertengahan jalan, kitorang singgah di kedai runcit tepi jalan bertanyakan perkampungan orang asli. Rupa-rupanya, kitorang telah sampai di Perkampungan Orang Asli. Tak sangka sebab di sana tidaklah terlalu kelihatan pedalaman seperti yang selalu tengok dalam google. Mungkin agak maju sedikit walaupun hanya tetap sebuah persekitaran kampung tapi di tepi jalan. Kami mencari rumah Tok Batin Pongsun. Apbila sampai di Perkampungan Orang Asli pongsun, aku bertanya kepada penduduk sebuah rumah rupanya Tok Batin duduk di sebelah rumahnya. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan. Tapi, kitorang masuk dalam kereta untuk beberapa minit kerana berasa agak nervous, curious, risau dan sebagainya. Takut tersalah cakap ke ape.??? tapi alhamdulillah, setelah bersapa dengan Tok Batin, rupanya Tok Batin ni baik orangnya mudah bagi kerjasama dan baik kepada tetamu.
Nama Tok Batin itu ialah Andak A/L Pendek. ...esok aku sambung lain...
